JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN "TUNNEL 2 BREAKTHROUGH"

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN "TUNNEL 2 BREAKTHROUGH"

HULU LANGAT, 13 DISEMBER 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan (JMG SWP) telah dijemput menghadiri Majlis Perasmian Tunnel 2 Breakthrough bagi Cadangan Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Pengagihan Air di Negeri Selangor / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan IInfra Sdn. Bhd. dengan dihadiri Agensi Teknikal Berkaitan iaitu JMG SWP, Bahagian Persenjataan Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor serta Ketua Balai Polis Hulu Langat dan kontraktor yang telah dilantik bagi menjalankan kerja letupan terowong iaitu Ota Tunnel Squad Sdn. Bhd. dan Protext Construction (M) Sdn. Bhd.

Projek ini adalah melibatkan pembinaan dua buah terowong air terawat bagi menyalurkan air terawat dari kolam air imbangan Hulu Langat ke kolam air Ampang sepanjang 1050 meter bagi setiap satu terowong.

JMGSWP telah terlibat secara langsung sebagai agensi teknikal yang mengawalselia, memberi nasihat dan mengeluarkan surat sokongan teknikal bagi menjalankan kerja-kerja letupan di tapak berkenaan agar kerja letupan yang dijalankan mengikut Garis Panduan Kerja Letupan Pembangunan JMG.GP.11