LAWATAN TURUN PADANG MENTERI NRECC, YB TUAN NIK NAZMI NIK AHMAD BESERTA DELEGASI KE KAWASAN REVOLUSI HIJAU, JOHAN SETIA, KLANG, NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

LAWATAN TURUN PADANG MENTERI NRECC, YB TUAN NIK NAZMI NIK AHMAD BESERTA DELEGASI KE KAWASAN REVOLUSI HIJAU, JOHAN  SETIA, KLANG, NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

SELANGOR, KLANG, 07 MEI 2023 - YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah meninjau infrastruktur, kaedah pemantauan dan tindakan dalam Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut oleh Jabatan Alam Sekitar bagi menangani serta mencegah kebakaran di kawasan tanah gambut mudah terbakar di kawasan Johan Setia.

JMG telah memberi taklimat akan telaga air bawah tanah yang dibina bagi membekalkan sumber air dan mengairi kawasan tersebut semasa musim kemarau.

Sebagai rekod dalam program ini, JMG telah membina 3 buah telaga tiub serta 16 buah pizometer di Johan Setia dan jumlah keseluruhan telaga yang telah dibina bagi tujuan ini adalah sejumlah 23 buah telaga tiub di Negeri Selangor.

Telaga BKTW2 yang dilawati ini ialah berkedalaman 126 meter dan mempunyai kadar luahan air sejumlah 15m3/jam. Ia mampu untuk menyediakan sumber air konjunktif semasa musim kemarau di kawasan tersebut bagi membantu mengawal kebakaran tanah gambut yang berlaku hampir setiap tahun.

Antara agensi pelaksana lain yang turut hadir dalam lawatan ini ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pihak Berkuasa Tempatan di Daerah Klang serta Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor.

Syabas kepada pasukan Jabatan Mineral Dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan.