ANJURAN EMPAT MAJLIS DALAM SATU JMGSWP

ANJURAN EMPAT MAJLIS DALAM SATU JMGSWP

SHAH ALAM, 19 Mei 2023 – JMGSWP telah menganjurkan empat majlis dalam satu, iaitu bermula dangan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei 2023, diikuti oleh  Majlis Perpisahan, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan diakhiri dengan Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat jabatan.

Majlis yang diadakan pada tahun ini secara sederhana tetapi sangat meriah. Kehadiran warga jabatan adalah seratus peratus dan diserikan lagi dengan kehadiran kontinjen dari Ibu Pejabat Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia yang diketuai oleh Tuan Haji Nizarulikram bin Abdul Rahim.