MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP JULAI 2021

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP JULAI 2021

SELANGOR, 01 Julai 2021 - Majlis Perhimpunan Bulanan JMGSWP Bil. 07/2021 telah berlangsung dan dilaksanakan secara maya dalam tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majlis perhimpunan dipengerusikan oleh Pn. Nurul Zulaikha Akma bt. Mohd Zaki, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Hafeez b. Rusli dan bacaan lafaz ikrar oleh En. Mohd Fauze b. Ab. Majid. Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Zulkiflee b. Che Soh telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMGSWP yang hadir dalam Majlis Perhimpunan Bulanan kali ini. Majlis seterusnya disusuli dengan sesi ceramah bartajuk "JOM Work From The Heart" iaitu petua atau cara untuk menyantuni emosi ketika warga JMGSWP terpaksa bekerja dari rumah yang dikongsikan bersama oleh penceramah pencetus inspirasi, Pn. Raffidah Aswani.