MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP DAN SAMBUTAN HARI MERDEKA KE 65 PERINGKAT JABATAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP DAN SAMBUTAN HARI MERDEKA KE 65 PERINGKAT JABATAN

SHAH ALAM, Jumaat, 02 September 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bersama sambutan Hari Kemerdekaan ke 65 peringkat jabatan untuk tahun ini.

Program majlis perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, bacaan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, perutusan pengarah oleh Yang Berusaha Tuan Edward Muol selaku Timbalan Pengarah JMGSWP dan disusuli dengan tayangan montaj aktiviti jabatan sepanjang bulan Ogos 2022.

Pada sesi majlis sambutan Hari Kemerdekaan pula suasana dihiasi dan diwarnai dengan aktiviti-aktiviti nyanyian lagu “Tanggal 31”, deklamasi sajak serta pertandingan dan penyampaian hadiah kepada dua pemenang yang berjaya mempamerkan wajah-wajah patriotik.