MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERPISAHAN PEGAWAI DAN TAKLIMAT KEFAHAMAN GEOTAPAK BEKAS LOMBONG BATU ARANG

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERPISAHAN PEGAWAI DAN TAKLIMAT KEFAHAMAN GEOTAPAK BEKAS LOMBONG BATU ARANG

SELANGOR, Batu Arang, 21 Disember 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Perhimpunan bulanan dan Majlis Perpisahan Puan Marina Mansor di Dewan MPKK Batu Arang. Terima kasih diucapkan kepada Puan Marina di atas khidmat sepanjang sembilan tahun berada di JMGSWP. Semoga terus berjaya dan cemerlang di tempat baru.

Disamping itu, Jabatan juga telah mengadakan Program Taklimat Kefahaman Geotapak Bekas Lombong Batu Arang. Taklimat Kefahaman Geotapak disampaikan oleh Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha En. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, Pegawai Geosains En. Rahman dan En. Wan Neqhaikal. Selain itu taklimat di geotapak juga disampaikan oleh En. Jabar selaku Wakil Persatuan Batu Arang dan juga penduduk Batu Arang. Program ini bertujuan bagi memberi maklumat kepada seluruh kakitangan JMGSWP berkenaan sejarah dan penubuhan Geotapak Bekas Lombong Batu Arang. 

Tayangan Virtual Tour 3D Model Bandar Batu Arang ditayangkan di Galeri Batu Arang. Virtual Tour 3D ini menayangkan secara gambaran keadaan Bandar Batu Arang pada awal dahulu serta menunjukkan gambaran lokasi sebenar lombong batu arang.

Lawatan ke Geotapak meliputi kawasan iaitu :

  1. Bekas Tasik Lombong
  2. Corong Udara (Airshaft)
  3. Terowong No.2
  4. Galeri Batu Arang