MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 04/2022 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 04/2022 JMGSWP

SHAH ALAM, 01 APRIL 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara hibrid. Majlis dimulakan tepat pada pukul 9 pagi dengan bacaan doa, nyanyian lagu negaraku, lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan sesi bacaan Yasin dan doa selamat.

Seperti biasa, agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMGSWP iaiti Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh dan warga jabatan telah diperkenalkan dengan kehadiran dua kakitangan baru iaitu En. Mat Wadi bin Ab Satar yang baru berpindah dari JMG Johor dan Cik Nurulain Syafira Adira bt. Abd Razak yang merupakan lantikan baru. Seterusnya warga jabatan disajikan dengan tayangan montaj bergambar aktiviti-aktiviti jabatan sepanjang bulan Mar 2022 sebelum diakhiri dengan sesi Perkongsian Ilmu yang sangat menarik dan bermanfaat, bertajuk "Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-Ree) di Malaysia" yang disampaikan oleh Encik Abdul hadi bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Sumber Mineral.