MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 10/2021 DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 10/2021 DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI

SHAH ALAM, 11 Oktober 2021 - JMGSWP telah megadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 10/2021 secara hibrid dan Majlis Perpisahan dua orang pegawai dari Unit Pembangunan Lombong dan Kuari, iaitu En. Ir. Juna Azleen b. Abdul Ghani yang akan ditukarkan ke JMG Sarawak atas kenaikan pangkat serta En. Ahmad Khuzer b. Mohamad Azmi yang telah berpindah ke JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang.

Majlis dimulakan tepat pada pukul 9.00 pagi, diacarakan oleh En. Azira b. Ramely, bacaan doa oleh En. Mohd Hafiz b. Rusli dan lafaz ikrar integriti perkhidmatan awam oleh En. Mohd Fauze b. Ab. Majid. Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Zulkiflee b. Che Soh telah menyampaikan perutusan, disusuli dengan tayangan montaj video serta gambar aktiviti jabatan sepanjang bulan September 2021 dan diakhiri dengan majlis perpisahan.

Yang Berusaha Pengarah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Juna Azleen serta En. Ahmad Khuzer atas sumbangan yang telah mereka curahkan sepanjang berkhidmatan di negeri Selangor dan mendoakan agar mereka terus cemerlang di tempat baru. Tahniah.