MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 07/2023

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 07/2023

SHAH ALAM, JMGSWP, 28 Julai 2023 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Julai 2023 yang bertempat di Bilik Kuarza Lantai 7, Bangunan Darul Ehsan. Aktiviti majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, bacaan doa, perutusan oleh Pengarah Negeri, Yang Berusaha, Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, tayangan video montaj bergambar aktiviti jabatan bagi Bulan Mei hingga Bulan Julai 2023 dan diakhiri dengan sesi taklimat cara pengisian borang tuntutan perjalanan dalam aplikasi HRMIS yang disampaikan oleh Pegawai Geosains, Encik Mohd Nizam bin Md Noordin.