MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 09/2020 DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 09/2020 DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

SHAH ALAM, (Rabu) 02 September 2020 - JMGSWP telah menganjurkan program majlis perhimpunan bulanan dan sambutan hari kemerdekaan yang ke-63 di mana ianya merupakan majlis perhimpunan pertama sejak bermulanya penularan wabak COVID-19. Majlis dimulakan dengan ucapan dan taklimat oleh Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha En. Nicholas Jacob. Beliau serta keseluruhan warga mengalukan kedatangan En. Mohd Zulkiflee bin Che Soh, semoga beliau terus berbakti dengan cemerlang di negeri Selangor.

Majlis sambutan hari kemerdekaan diraikan secara sederhana yang dimulakan dengan sesi deklamasi sajak bertemakan patriotik oleh En. Mahat dan Pn. Diyana serta disusuli dengan nyanyian beramai-ramai tiga buah lagu kemerdekaan. Program perhimpunan diakhiri dengan sesi ceramah "Gaya Pemakanan Sihat" oleh Dr. Romzi bt. Mohd Ali, dari Jabatan Dietetik dan Sajian, Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur. Semoga warga JMGSWP memperolehi manfaat dari perkongsian ilmu kesihatan tersebut. Insha'Allah.