MESYUARAT PEMBANGUNAN SUMBER AIR PANAS DAN POTENSI SEBAGAI KAWASAN GEOPARK

MESYUARAT PEMBANGUNAN SUMBER AIR PANAS DAN POTENSI SEBAGAI KAWASAN GEOPARK

SHAH ALAM, 01 Jun 2011 -   Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah mengadakan Mesyuarat Pembangunan Sumber Air Panas dan Potensi Sebagai Kawasan Geopark, sempena lawatan kerja rombongan pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang dihadiri oleh Yang Dipertua Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, wakil ahli parlimen Hulu Selangor, ahli majlis, ahli geologi profesional @ SME Air Panas serta kakitangan. 

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh dan pembentangan telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Geosains (Hidrogeologi) iaitu Encik Wan Neqhaikal bin Wan Abdul Karim yang merangkumi penerangan mengenai sumber air bawah tanah, air panas, pergerakan bumi, dan bagaimana negeri Selangor khususnya kawasan Hulu Selangor berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan Geopark.