PEMBENTANGAN DAN PERSEMBAHAN HASIL LATIHAN INDUSTRI OLEH PELAJAR IPTA

PEMBENTANGAN DAN PERSEMBAHAN HASIL LATIHAN INDUSTRI OLEH PELAJAR IPTA

SHAH ALAM, 03 Ogos 2018 - Satu sesi pembentangan dan persembahan oleh salah seorang daripada 3 pelajar IPTA yang sedang menjalani latihan industri untuk tempoh 10 minggu di JMGSWP. Setiap pelajar akan ditempatkan di Unit Geosains, Unit Sumber Mineral, Unit Pembangunan Lombong dan Kuari dan Unit Pengurusan Maklumat mengikut jadual dan akan dipantau oleh pegawai-pegawai yang dilantik. Tujuan latihan adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada proses kerja sebenar termasuk kerja lapangan seperti aktiviti-aktiviti hidrogeologi, pemetaan komputer dalam bidang GIS, letupan batuan di kuari dan makmal di Ipoh.