Lawatan Rombongan Pejabat Hasil Bumi ke Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah

Lawatan Rombongan Pejabat Hasil Bumi ke Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah

KOTA KINABALU, SABAH (9 Julai 2019) : JMG Sabah pada hari ini telah dikunjungi buat pertama kalinya oleh Jabatan Hasil Bumi Sabah. Rombongan diketuai oleh En. Mohd Jasmin Bin Julpin (Setiausaha Hasil Bumi), En. Ramlan Bin Mohammad (Timb Setiausaha Hasil Bumi), En. Stephen Moligan (Ketua Penolong Setiausaha Unit Galian), En. Syed Ridzuan Sharif Sihan Assegaf (Pen. Pegawai Tadbir Unit Tanah).

Dalam pertemuan itu, Pengarah JMG Sabah, En. Mohd Yusop bin Ramli telah mengalu-alukan rombongan dan berharap kerjasama antara kedua agensi bertambah kukuh dan erat.

Bagi memperincikan Objektif, Fungsi dan Halatuju JMG Sabah, beberapa taklimat telah disampaikan oleh Tim. Pengarah JMG Sabah/Pegawai Geosains C52, En. Paulius Godwin ( JMG secara umum), En. DD Daulip Lakkui (Ketua Pen. Pengarah / Pegawai Geosains C48 ) taklimat berkaitan Ekonomi Mineral, En. Jaineh Lingi (Pen. Pengarah Kanan / Pegawai Geosains C44 ) Sumber Air Bawah Tanah dan En Farid Zainuddin (Pen. Pengarah Kanan / Pegawai Geosains C44 ) dengan taklimat berkaitan Geologi Warisan (Geopark Kinabalu)

 

combine

Written by : ARIF