MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 12/2019

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 12/2019

Johor Bahru, 12 Disember 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 12/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Norhazidi bin Masrom, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Syed Sobri bin Syed Hassan dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Iedil bin Omar. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan bin Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan dari Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor untuk anak-anak yang telah mengambil PT3 2019 dan kakitangan atau keluarga yang dimasukkan ke Hospital atau ditimpa musibah. Kemudian sambutan hari lahir bagi bulan November dan Disember telah diraikan bersama-sama kakitangan yang menyambut. 

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul