MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 1/2020

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 1/2020

Johor Bahru, 23 Januari 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2020 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Asnida binti Zamru, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi bin Mohamad Azman dan pembaca ikrar oleh Pn. Nurina binti Jusoh. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan bin Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Majlis diteruskan dengan taklimat daripada Syarikat Takaful Ikhlas oleh Cik Noraini Syafina binti Mohamad Sofi. 

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul