MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 1/2019

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 1/2019

Johor Bahru, 11 Februari 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Fairee b. Omar, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Abdul Manaf b. Hanafiah dan pembaca ikrar oleh En. Md Aris b. Md Esa. Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Kemudian diikuti dengan perutusan sempena Tahun Baru 2019 daripada Ketua Pengarah JMG Malaysia yang dibaca oleh Pengarah JMG Johor. Selepas itu, sesi  memperkenalkan pelajar praktikal baru, Cik Raihana Amira bt. Ramli dari Universiti Malaysia Kelantan yang akan berada di JMG Johor selama 3 bulan. Majlis bersambung lagi, dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Futsal Piala Pengarah JMG Johor baru-baru ini yang telah dimenangi pasukan Nilam yang diwakili oleh En. Mohammed Syahrizal b. Zakaria, En. Mohammad Hazli b. Mohamad Hanapi, En. Md Aris b. Md Esa, En. Mohammad Saufee b. Sehat dan En. Mohamad Hafiza'al b. Mohamad Ali. Pengarah JMG Johor, En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah sudi menyampaikan piala pusingan kepada pemenang.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul