MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2022 DAN MAJLIS HARI INOVASI JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2022 DAN MAJLIS HARI INOVASI JMG JOHOR

Johor Bahru, 10 Januari 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2022 dan Majlis Hari Inovasi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Kedua-dua Majlis telah dipengerusikan oleh En. Mohd Shazwan b. Zainie dan Cik Nur Zayana Zahira bt. Shamsuri, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Syahrizal b. Zakaria dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Razman b. Yusop. Majlis dimulai dengan bacaan Yassin dan tahlil yang dipimpin oleh En. Yusari b. Basiran. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusan Perhimpunan Bulanan dan perutusan Ketua Pengarah JMG Malaysia berkenaan Hari Inovasi  dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan dan Majlis Hari Inovasi kali ini.

Majlis diteruskan dengan taklimat Inovasi iaitu "Solusi Baru Perkhidmatan MyGovUC 2.0" oleh Pn. Nor Asmah bt. Abdul Aziz. Majlis disusuli dengan penyampaian sijil Pekerja Contoh 2021 kepada En. Mohd Khairani b. Othman, Pn. Siti Rahimah bt. Supat dan Cik Nur Zayana Zahira bt. Shamsuri dan tidak lupa juga sumbangan kepada warga JMG Johor yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini daripada KSKK JMG Johor.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul