MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2020 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 9/2020 JMG JOHOR

Johor Bahru, 20 Disember 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 9/2020 dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis telah dipengerusikan oleh En. Mohd Faizullah b. Mazlan Kepli, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Saufee b. Sehat dan pembaca ikrar oleh En. Mohd Farhan b. Daud. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan yang terakhir untuk tahun 2020 kali ini.

Majlis diteruskan dengan Majlis perpisahan Pn. Norshida bt. Osman (Pembantu tadbir kewangan) yang akan berpindah ke pejabat Belia dan Sukan Negeri Johor pada Januari 2021. Majlis disusuli dengan penyampaian cenderamata kepada pegawai yang diraikan. Pihak Jabatan juga dibawah KSSK JMG Johor juga telah meraikan kakitangan yang menyambut kelahiran untuk bulan Oktober, November dan Disember dengan  membuat sedikit majlis ringkas dan penyampaian cenderahati untuk mereka semua.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul