MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERPISAHAN PEGAWAI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERPISAHAN PEGAWAI

Pada 12 April 2021, Jabatan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 04/2021 dan Perpisahan di bilik mesyuarat Kuarza, JMGSWP. Majlis yang diacarakan oleh Encik  Azira Bin Ramely diadakan secara hibrid iaitu secara bersemuka dan atas talian bagi mengekang wabak covid-19 yang sedang melanda negara.

Majlis bermula dengan aktiviti bacaan tahlil beramai-ramai yang diketuai oleh En. Syed bin Omar, bacaan Ikrar Integriti oleh En. Mohd Fauze bin Ab Majid dan diikuti sesi Taklimat Pengisian Log Latihan oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat, En. Muhammad Ezwan bin Dahlan.

Dalam majlis perhimpunan bulanan kali ini, Tuan Pengarah, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Zulkiflee bin Che Soh telah menyampaikan amanat dan ucapan, iaitu berkenaan Tinta Integriti yang merangkumi amaran amalan rasuah dan hukuman denda atas kegagalan melaporkan pemberian, janji  atau tawaran rasuah dan memperoleh suapan. Kesedaran keselamatan siber juga dititik beratkan supaya setiap peralatan komputer dilengkapi perisian Antivirus agar dapat mengcegah serangan virus/spyware/malware. Aktiviti disusuli dengan sesi tayangan montaj aktiviti bergambar JMGSWP sepanjang bulan Mac 2021.

            Majlis Perpisahan seterusnya diadakan bertujuan meraikan pertukaran Pn. Hasnida binti Zabidi, Pegawai Geosains dan En. Muhammad Amir Haiqal bin Mohd Anuari, Pembantu Geosains, ke Ibu Pejabat JMG Malaysia di Putrajaya. Tuan Pengarah telah menyampaikan cenderahati termasuk kepada dua warga jabatan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Pada masa yang sama, jabatan juga berkesempatan meraikan kehadiran En. Muhammad Harith bin Hamdan, Pembantu Geosains yang baru bertukar dari Ibu Pejabat JMG.

Majlis perhimpunan bulanan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

Written by : Daniel