MESYUARAT PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN KOMPLEKS PEJABAT MINI KATS SABAH

MESYUARAT  PELAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN KOMPLEKS PEJABAT MINI KATS SABAH

PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN (14 FEBRUARI 2020): JUMAAT, Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli telah mengadakan satu mesyuarat berkaitan pelaksanaan projek pembangunan kompleks pejabat mini KATS di negeri Sabah pada pukul 3.00 petang bertarikh 13 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Topaz, Aras 15, Wisma Sumber Asli, Putrajaya. 

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd. Ashraf bin Mohd. Noor, Setiausaha Bahagian (Pembangunan). Mesyuarat ini turut dihadiri oleh En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (KUPM Sabah) dan Pn. Lena Anggie (Pegawai Teknologi Maklumat) dari JMG Sabah.

Projek ini telah dirancang untuk dibangunkan secara Public Private Partnership (PPP) dengan kaedah tukaran tanah (Landswap).

Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee

 

 

Written by : Suriani Ramlee