Pameran PPM di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu Berjaya Menarik Tumpuan Ramai

Pameran PPM di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu Berjaya Menarik Tumpuan Ramai

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah turut serta dalam pameran sempena Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung pada 7 – 9 April 2019 di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT). Melalui acara ini, PPM telah mempamerkan hasil penyelidikan R&D mineral yang berjaya menarik minat ramai pengunjung terutamanya para pelajar sekolah dan universiti.

Selain daripada pameran oleh agensi kerajaan dan pihak universiti, program ini juga diserikan lagi dengan sesi perkongsian oleh Heliza Helmi, pameran dan bengkel fotografi oleh Nazri Sulaiman dengan penampilan khas adik Syukur Khamis - Kampung Boy, forum kepentingan vaksinasi oleh Dr. Suhazeli Abdullah, pameran dan permainan sains, robot Lego, pertunjukan drone dan lain-lain juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi program Minggu Sains tersebut.

Program selama 3 hari ini berlangsung dengan lancar dan meriah. PPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK Pasukan Pameran PPM kerana telah berjaya menjalankan tugas dengan sempurna. Semoga pameran seperti ini mampu membuka minda dan menarik minat masyarakat Terengganu dalam bidang berkaitan R&D Mineral secara khasnya dan kepada bidang sains secara amnya.

 

Written by : ezulia