Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Februari 2019

Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Februari 2019

28 Februari 2019 (Khamis) - Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan. Perhimpunan kali ini telah diselia oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan. Encik Zarbani bin Mat Junos mewakili Unit Pentadbiran dan Kewangan bagi sesi pengucapan awam. Majlis perhimpunan diserikan juga dengan acara meraikan kakitangan yang lahir pada bulan Februari  iaitu Puan Azizah bt Mamat. Tuan Pengarah JMG Kelantan turut sama menyampaikan hadiah bagi Pertandingan Carom Tertutup JMG Kelantan yang dianjurkan oleh Biro Sukan KSK.  Selain itu juga diadakan sesi memperkenalkan diri ambilan PSH dan pelajar-pelajar praktikal.

Written by : mdkilau