PERLAWANAN PERSAHABATAN SUKAN BOLA SEPAK ANTARA JMG SABAH VS KTYS

 PERLAWANAN PERSAHABATAN SUKAN BOLA SEPAK ANTARA JMG SABAH VS KTYS

KOTA KINABALU, SABAH (22 FEBRUARI 2019) : JUMAAT, Satu perlawanan persahabatan sukan bola sepak di antara Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG Sabah) dan Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) telah berlangsung di Padang Bola Yayasan Sabah pada petang Jumaat lepas sekitar jam 4.30 petang.

Perlawanan ini diadakan selain daripada memupuk semangat sukan dan setiakawan antara sesama pemain JMG Sabah dan juga mengeratkan persahabatan dan tali silaturrahim antara JMG Sabah dan KTYS Sabah. Pemain-pemain sukan Bola Sepak JMG Sabah pada masa adalah seperti berikut :-

1. En. Mohd. Azrol bin Hanaffi (Ketua Pasukan)
2. Dr. Frederick F. Tating
3. En. Bailon Golutin
4. En. Aidil bin Arnolous Rema
5. En. Mison Ajum
6. En. Nickolas Sindam
7. En. Ali Akbar bin Amil Hassan
8. En. Abdul Arif bin Tahar
9. En. Fadli bin Sulaiman
10. En. Fiqria Haziq
11. En. Ezzrold Arnold Gopining
12. En. Sumao
13. En. Karlson

Dalam perlawanan ini JMG Sabah telah memenangi 5 gol menewaskan KTYS dengan 4 gol. Jaringan gol sukan bola sepak kali ini adalah daripada penjaring JMG Sabah En. Fiqria Haziq ( 2 gol), En. Nickolas Sindam (1 gol), En. Abdul Arif bin Tahar (1 gol) dan En. Mohd. Azrol bin Hanaffi (1 gol). Manakala pasukan dari KTYS yang diketuai oleh En. Harun Laban (Mantan Pemain Bola Sepak Sabah), jaringan gol mereka diperolehi daripada En. Sapri (2 gol), En. Awa (1 gol) dan En. Mal (1 gol). Sukan bola sepak ini juga bertujuan memupuk semangat kesukanan antara dua pihak selain mengeratkan lagi tali silaturrahim.

Sumber maklumat : Penulis
Sumber foto : En. Ali Akbar bin Amil Hassan

Written by : AZROL