Persaraan Dato’ Ir Azman bin Ab Majid, Pengarah JMG Pahang

Persaraan Dato’ Ir Azman bin Ab Majid, Pengarah JMG Pahang

Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

f pengarah

Pada 28 Julai 2020, Pengarah JMG Pahang yang dikasihi dan dihormati, Dato’ Ir Azman bin Ab Majid telah mengeluarkan surat pemakluman persaraan beliau sebagai Pengarah JMG Pahang kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Ketua Jabatan Negeri, Ketua Jabatan Persekutuan, Ketua Badan Berkanun Negeri, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak-pihak lain yang berkepentingan di Negeri Pahang.

Dato’ Ir Azman bin Ab Majid, di dalam surat beliau memaklumkan beliau akan bersara secara pilihan pada 28 Oktober 2020 dan akan bercuti lebih awal dari tarikh tersebut, iaitu mulai 4 Ogos 2020.

Beliau berusia 59 tahun dan 5 bulan pada tarikh persaraan beliau.  

Dato’ Ir Azman bin Ab Majid dilahirkan pada 20 Mei 1961 dan dibesarkan di Pekan dan Kuantan, Pahang. Mula berkhidmat sebagai Pegawai Galian di Jabatan Galian Malaysia pada 21 Oktober 1985 dan kemudiannya Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, beliau pernah menaburkan khidmat tugas beliau antaranya di Perak, Kedah, Johor, JMG Ibupejabat dan Sabah sebelum berakhir di negeri kelahiran beliau di Pahang.

Seorang yang pernah mendapat didikan kehidupan tentera semasa menuntut di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, beliau melanjutkan pelajaran beliau sehingga memperolehi ijazah Kejuruteraan Perlombongan di University of Leeds, UK. Beliau dianugerahkan dengan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran Dato’ oleh Tengku Mahkota Pahang pada ketika itu, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustai’n Billah pada tahun 2017.

Sesuai dengan pendidikan beliau yang pernah berteraskan dunia ketenteraan, Dato’ Ir Azman bin Ab Majid merupakan seorang Pengarah JMG Pahang yang berdisiplin, dedikasi, rajin, cermat, tegas, namun prihatin dalam bidang tugasan beliau.

Persaraan Dato’ Ir Azman bin Ab Majid telah diraikan semasa majlis makan malam sempena mesyuarat pegawai-pegawai JMG Pahang pada 23 Julai 2020 di Hotel Awana Genting Highlands dan selanjutnya majlis minum petang bersama kakitangan JMG Pahang di Hotel Sri Manja, Kuantan pada 28 Julai 2020.   

Seluruh warga JMG Pahang dengan setinggi-tinggi penghargaan merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga, selamat maju jaya serta ucapan selamat menempuhi alam persaraan kepada Pengarah JMG Pahang yang dikasihi dan dihormati, Dato’ Ir Azman bin Ab Majid.

Semoga Allah merahmati tuan, sihat selalu dan dimurahkan rezeki sentiasa....Amin

- sekian -

 

Written by : aznawi