PERHIMPUNAN BULANAN JMG SABAH BIL 1/2018

PERHIMPUNAN BULANAN JMG SABAH BIL 1/2018

KOTA KINABALU, SABAH (31 JANUARI 2018) : RABU, Seperti tahun-tahun yang sudah, JMG Sabah akan mengadakan majlis perhimpunan setiap bulan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara majikan dan kakitangan selain  mendengar informasi daripada ucapan tuan pengarah JMG Sabah. Januari 2018 merupakan perhimpunan bulanan yang pertama (Perhimpunan Bil. 1/2018) yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Maklumat dan bertempat di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah.

Seperti biasa perhimpunan bulanan akan dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Ebahrim bin Bedin (Pembantu Geosains Kanan 26) wakil daripada Unit Pengurusan Maklumat diikuti olah nyanyian 4 buah lagu rasmi JMG Sabah iaitu, Negaraku, Sabah Tanah Airku, Perkhidmatan Awam dan Warga JMG. Acara diteruskan lagi dengan pengucapan awam oleh 3 orang pegawai JMG Sabah dan taklimat ringkas oleh En. Redzuan bin Ahmad Banjar.

Acara seterusnya ucapan amanat tuan Pengarah JMG Sabah. Dalam amanat beliau, mengumumkan beberapa perubahan dan kedudukan serta kenaikan pangkat beberapa orang pegawai JMG Sabah. Warga JMG Sabah mengucapkan Tahniah buat pegawai-pegawai JMG Sabah yang dinaikkan posisi jawatan dalam organisasi. Penyampaian surat penempatan baru buat semua pegawai-pegawai tersebut disempurnakan oleh tuan Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli sendiri.

Dalam majlis perhimpunan kali ini juga diselitkan acara sambutan ulang tahun kelahiran bagi kakitangan yang lahir pada bulan Januari. Sambutan ulang tahun kelahiran ini bertujuan bagi mengingati hari penting setiap kakitangan JMG Sabah dan ini atas dasar usaha Presiden KEMG Sabah En. Jaineh Lingi danTimbalan Presiden BKKI JMG Sabah Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli.

Warga JMG Sabah mengucapkan selamat hari lahir buat semua kakitangan JMG Sabah kelahiran bulan Januari, semoga semua mereka diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kerjaya di JMG Sabah.

Sedikit gambar kenangan dikongsikan.

Sumber Photo : En. Peter Suking

noven

p2

p3

p4

p5

p6

p7

p8

p9