NAK SIHAT JOM MAIN BOLA TAMPAR

NAK SIHAT JOM MAIN BOLA TAMPAR

SIPITANG, SABAH (08 APRIL 2018) : AHAD, Daerah Sipitang telah menganjurkan satu Karnival Sukan Parlimen P.178 Sipitang bermula pada 01hb April 2018 sehingga 08hb April 2018. Pelbagai acara sukan dipertandingkan dengan menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan.

En. Awang Besar bin Hj. Kula merupakan Penolong Pegawai Geosains di JMG Sabah telah mengikuti sukan bola tampar. Beliau bersama kumpulan Fanny. Dalam acara ini kumpulan beliau telah merangkul kejuaraan sebagai Johan bola tampar dalam carnival tersebut dan menerima hadiah berjumlah RM5000.00.


Karnival ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Sabah Yang Berbahagia En. Yamani Hafez bin Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Juga merupakan anak kepada Ketua Menteri Sabah. Beliau juga telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang.

Sumber maklumat dan foto : En. Awang Besar bin Hj. Kula

volley1

Team Fanny

volley2

volley3

volley4

Menjuarai Johan Bola Tampar Lelaki

volley5