MESYUARAT 'MANAGEMENT REVIEW' MS ISO/IEC 17025:2005

MESYUARAT 'MANAGEMENT REVIEW' MS ISO/IEC 17025:2005

KOTA KINABALU, SABAH (10 APRIL 2018) : SELASA, Mesyuarat ‘Management Review’ MS ISO/IEC 17025:2005 Bil.1/2018 telah diadakan pada 10 April 2018 di Bilik Mesyuarat Nephrite, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah. Mesyuarat tersebut merupakan salah satu keperluan di bawah akreditasi SAMM MS ISO/IEC 17025:2005 dimana persijilan tersebut telah berjaya disambung oleh Unit Perkhidmatan Makmal pada penghujung tahun 2017.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Perkhidmatan Makmal, Tn. Haji Abdul Kadir Bin Ahmad dan dihadiri oleh semua kakitangan makmal. Mesyuarat MR ini dijalankan susulan daripada Audit Dalaman MS ISO/IEC 17025:2005 yang telah diadakan baru-baru ini pada 27-28 Mac 2018. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah teguran yang telah direkodkan semasa Audit Dalaman tersebut dan tindakan pembetulan yang perlu diambil.

Selain daripada itu proses migrasi ke sistem kualiti diperbaharui iaitu MS ISO/IEC 17025:2017 dan Program ‘Interlaboratory Comparisons’ (ILC) untuk tahun 2018 turut dibincangkan. Pengerusi juga tidak lupa mengucapkan tahniah kepada Pengurus Kualiti, En. Morius dan kakitangan lain yang terlibat menjayakan Audit Dalaman Bil./2018 dan terus berusaha mengekalkan persijilan MS ISO/IEC 17025.