ADAT PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN

ADAT PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN

KOTA KINABALU, SABAH (27 APRIL 2018) : JUMAAT, Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, demikianlah lumrah kehidupan kita di muka bumi ini. Petang ini merupakan hari terakhir Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli bertugas di JMG Sabah ini. Satu gambar kenangan terakhir telah dirakamkan di mana ini merupakan finger print yang terakhir beliau berkhidmat dengan JMG Sabah.

Hampir setahun berjauhan daripada keluarga tersayang demi menyumbang bakti dengan JMG Sabah dan negara amnya. Dan sudah tiba masanya untuk berpisah dan bertugas di tempat baru pula.

Sedikit kata ucapan terakhir Tn. Hj. Nurul melalui whatsapp rasmi JMG Sabah "Buat semua warga JMG Sabah... saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yg diberikan kepada saya dan Unit Pembangunan Lombong dan Kuari dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kami...Saya menyusun jari memohon kemaafan sekiranya ada silap dan salah semasa saya menjalankan tugas di sini... sama ada disengajakan ataupun tidak... maafkan saya... Pohon halalkan makan dan minum saya selama saya berkelana di sini 15.05.2017 hingga 27.04.2018... Sehingga kita berjumpa lagi pada masa hadapan... Bertemu dan berpisah adat manusia biasa...Hilang di mata tapi di hati tidak dilupa...Berdoalah kita agar berjumpa lagi di lain masa..."

Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli akan bertolak ke Bumi Kenyalang melalui jalan darat. Beliau akan memandu dari Kota Kinabalu ke Limbang dan bermalam di Limbang keesokkan meneruskan perjalanan ke Miri bermalam semalam dan seterusnya ke Sibu, bermalam semalam lagi dan destinasi terakhir beliau dari Sibu ke Kuching, semoga perjalanan beliau dilindungi olehNya yang maha kuasa. Beliau akan mula bertugas di JMG Sarawak pada 2 Mei 2018.

JMG Sabah mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga terus maju jaya dan memberikan yang terbaik buat JMG.

Sumber foto : Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli

HJN1

Gambar bersama Kakitangan Unit Pembangunan Lombong dan Kuari JMG Sabah

HJN2HJN3

Print Finger yang terakhir di JMG Sabah

HJN4

Gambar terakhir berkhidmat dengan JMG Sabah.

HJN5

Sumber Foto ini daripada En. Mohd Azrol, gambar terakhir meninggalkan JMG Sabah sebelum

berangkat ke Bumi Kenyalang.