MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 5/2018

muka depan perhimpunan bulanan bil 52018

Johor Bahru, 7 Jun 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Cik Nur Syahidatul Zubaida bt. Abilah, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Fadhil b. Ahmad dan pembaca ikrar oleh Puan Nur Aminah bt. Abd. Hamid. Dalam majlis ini juga, JMG Johor telah menjemput penceramah dari Pejabat Pendidikan Negeri Johor iaitu Ustaz Hanafi b. Abd. Rahman untuk memberi ceramah sempena bulan Ramadhan dengan tajuk "Memburu Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan".

Selepas tamat sesi ceramah agama, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini. Kemudian diikuti, sesi taklimat dari 2 pelajar industri berkenaan latihan yang diberikan selama 3 bulan selama berada di JMG Johor. Turut diadakan ialah sesi suaikenal pegawai baru iaitu En. Mohd Faizullah b. Mazlan Kepli yang berjawatan pembantu operasi. Majlis bersambung lagi dengan penyampaian sijil kepada 2 palajar latihan industri dan sedikit jamuan ringan sebelum bersurai.