MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 3/2018

muka depan perhimpunan bulanan bil 32018 dan perpisahan rahman

Johor Bahru, 3 April 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 3/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Cik Yong Adilah bt. Mustafa, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Shahril b. Idris dan pembaca ikrar oleh Puan Nurulhuda bt. Aziz. Selepas itu, Timbalan Pengarah JMG Johor En. Mohamad Sari b. Hasan telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Kemudian diikuti, sesi suaikenal pegawai baru unit lombong dan kuari yang berpindah ke JMG Johor dari JMG Terengganu iaitu En. Sivalingam a/l Krishnan. Majlis bersambung lagi dengan majlis perpisahan En. Rahman b. Ismail dari unit lombong dan kuari yang akan berpindah ke JMG Terengganu. Selamat maju jaya diucapkan kepada En. Rahman dari warga JMG Johor.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah