LATIHAN HANDS-ON PENYEDIAAN KERATAN NIPIS

LATIHAN HANDS-ON PENYEDIAAN KERATAN NIPIS

KUCHING, 12 Oktober 2018, Jumaat – Seramai 7 orang Pegawai Aktiviti Mineral Berlogam telah menjalani Latihan Hands-on penyediaan keratin nipis selama 2 hari (11 – 12 Okt. 2018) di Makmal Lapidari JMG Sarawak. En. Stanley ak Sindor, Pembantu Geosains merupakan fasilitator Latihan Hands-on penyediaan keratin nipis. Beliau merupakan pegawai yang mahir dalam penyediaan keratan nipis dan telah ditempatkan di Makmal Lapidari sejak beliau mula bertugas di JMG Sarawak. 

Latihan dimulakan dengan taklimat peralatan, bahan-bahan digunakan serta langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan. Sampel batuan yang digunakan adalah dari kawasan kajian. Sampel batuan dipotong kepada kepingan dengan ketebalan 8 – 10mm dan dicanaikan menggunakan carborandum saiz 220 mikron.  Seterusnya ia dilekatkan pada kepingan kaca mikroskop menggunakan resin epoxy atau Canada balsam  dan pastikan gelombong udara tidak terperangkap antara batuan dan kepingan kaca mikroskop. Sampel yang sudah dilekatkan dipotong menggunakan cutter sehingga mencapai ketebalan kira-kira 1 mm dan proses mencanaikan diteruskan dengan penuh ketelitian menggunakan carborandum pelbagai saiz antara 400 – 1200 mikron (bergantung kepada kekerasan batuan) dan sehingga mencapai 0.03 mm dan kini ia boleh ditutup dengan penutup kaca bagi mengelakkan goresan pada permukaan sampel.

Proses serta teknik penyediaan keratan memerlukan kesabaran dan latihan berulang bagi mendapatkan hasil akhir yang sempurna serta sesuai dikaji di bawah polarizing mikroskop.

 

1

2