MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 10/2018

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 10/2018

Johor Bahru, 1 November 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 10/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Mohd Hazli b. Mohd Hanapi, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Iedil b. Omar dan pembaca ikrar oleh En. Nurina bt. Jusoh. Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Majlis bersambung lagi dengan Taklimat Keselamatan Pejabat dan Kawalan Rahsia Kerajaan oleh Pn. Nurul Haswani bt. Saiman dari pejabat CGSO Johor. 

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah