LAWATAN PASUKAN NAZIRAN JMG MALAYSIA KE TAPAK PROJEK HIDROGEOLOGI

LAWATAN PASUKAN NAZIRAN JMG MALAYSIA KE TAPAK PROJEK HIDROGEOLOGI

KOTA BELUD, SABAH (01 MAC 2019) : JUMAAT, Pasukan Naziran JMG Malaysia telah membuat satu tugasan iaitu Pelaksanaan Naziran Pengurusan Kewangan, Pentadbiran dan Aset JMG Malaysia. Naziran audit ini bermula pada 27hb Februari 2019 dan berakhir pada 28hb Februari 2019. Namun satu lawatan kerja naziran ke salah satu projek dilaksanakan pada 01hb Mac 2019. Lokasi pasukan naziran pada kali ini bertempat di Kg. Pompodon, Kota Belud. Di mana pasukan naziran ini melawat salah sebuah tapak Projek Hidrogeologi.

Lawatan Pasukan Naziran Audit JMG Malaysia ke Kg.Pompodon, Kota Belud bagi memantau Projek Hidrogeologi telah diiringi oleh En. Jaineh Linggi (Penolong Pengarah Kanan / Ketua Aktiviti Hidrogelogi) dan Pn. Vianni Vincent (PTKEW 22 JMG Sabah). Pasukan Naziran Audit ini diketuai oleh En. Mohd. Azalizam bin Alias (Ketua Pegawai Tadbir M52), dan ahli-ahlinya adalah Cik Kasnirawati binti Md. Jaffar (PPT 32 Ibupejabat), Pn. Tracy Anak Upong (PPT 29 JMG Sarawak), Pn. Marina binti Mansor (PPT 29 JMG Selangor), En. Zamri bin Omar (PTKEW 22 Ibupejabat) dan Pn. Nurhasikin binti Abd. Razak (PTPO 19 Ibupejabat). Tujuan naziran ini bukan lah hanya untuk memcari kesilapan setiap cawangan JMG, tetapi tujuan mereka adalah membetulkan semua perkara-perkara yang berkaitan dengan naziran mereka.

Sumber Maklumat dan Foto : Pn. Vianni Vincent

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/print/2019-03-05-23-47-48#sigProId3cc626b7de