PEMANTAUAN KERJA LETUPAN SS PRECAST DI PROJEK HYDROELEKTRIK, SUNGAI BENGKOKA, KOTA MARUDU

PEMANTAUAN KERJA LETUPAN SS PRECAST DI PROJEK HYDROELEKTRIK, SUNGAI BENGKOKA, KOTA MARUDU

KOTA MARUDU, SABAH (5 MAC 2019) : SELASA, Sungai Bengkoka, Kota Marudu Pemantauan Kerja - kerja letupan oleh Unit Pembangunan Lombong & Kuari JMG Sabah di Projek Pembangunan Loji Janakuasa Hidroelektrik Kecil (29.1 MW) Daerah Kota Marudu, Sabah di bawah Program “Feed – In – Tariff” (FIT) oleh “Sustainable Energy Development Authority” (SEDA) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA).

Lawatan pemantauan ini telah dihadiri oleh Penolong Pegawai Geosains Kanan, YM Tengku Zainal Abidin Bin Raja Jaafar dan dibantu oleh Pembantu Galian Kanan Encik Arthur Leo Intiang. Kawasan projek terletak di dalam Hutan Simpan Lingkabau, kawasan penempatan terdekat terletak kira kira 2 kilometer dari kawasan projek. Batuan yang diletupkan adalah bongkah batuan yang berada di permukaan, dimana batuan ini menghalang cadangan laluan paip. Turut hadir ialah Tuan Koperal Amilin daripada Jabatan Perlesenan dan Bahan Letupan. PDRM serta Encik Muhammad Izat, selaku Penyelaras Projek dari SS Precast Sdn. Bhd.

Sistem inisiasi yang digunakan adalah sistem inisiasi elektrik, sebanyak 50 lubang telah diletupkan. Kerja letupan telah dijalankan tepat jam 1.00 petang. Cuaca cerah, tiada batu terbang dan gegaran tidak melebihi had dilaporkan. Tiada “misfire” dan hasil letupan batu adalah memuaskan.

Sumber maklumat, foto dan penulisan : En. Arthur Leo

BLAR1

Group foto bersama PDRM dan wakil syarikat SS Precast dan staf

BLAR2

Paip berdiameter 2 meter yang dipasang

BLAR3

Selepas letupan

BLAR4

Kerja penggerudian batu untuk lubang letupan berkedalaman 3 meter.

BLAR5

Gambar semasa letupan

BLAR6

50 lubang letupan “Vertical” dan “Horizontal”

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/print/2019-03-06-23-52-47#sigProId8b1a5bcb47