MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI TAHUN 2018

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI TAHUN 2018

SELANGOR (22 APRIL 2019) - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bagi tahun 2018 telah berlangsung di Bangi  Avenue Convention Centre dan telah disempurnakan oleh YB. Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Seramai 855 orang telah menerima APC di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Dimaklumkan bahawa seramai 74 orang penerima APC daripada Jabatan Mineral & Geosains Malaysia telah hadir di dalam majlis tersebut. Bagi JMG Sabah terdiri daripada 7 orang penerima APC. Antara penerima APC tersebut adalah En. Jaineh Bin Linggi (Pegawai Geosains C44), En. Eddie Affandy Bin Mohd Yuslee (Pegawai Geosains C44), Pn. Normi Binti Adok (Pen.Pegawai Teknologi Maklumat FA29), En. Adyrean Edero Jingkah (Pen. Pegawai Geosains C29), En. Japili Bin Samin (Pembantu Geosains C26),  En. Malai Osman Bin Malai Muhamad (Pembantu Geosains C22) dan En. John Ingkangu (Pembantu Operasi N11).

 Majlis telah berlangsung pada pukul 8.30 pagi dan selesai pada jam 1.00 ptg. Kesemua penerima APC JMG Malaysia sempat bergambar bersama Ketua Pengarah JMG Malaysia, Datuk Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Tuan Hj. Mohd Zukeri Bin Ab. Ghani dan Timbalan Ketua Pengarah Korporat dan Ekonomi Mineral, En. Kamal Bin Daril. Semoga kesemua penerima APC pada kali ini dapat meningkatkan lagi mutu kerja serta disiplin dan menjadi pemacu kecemerlangan bagi Jabatan Mineral & Geosains Malaysia pada masa akan datang.

 Syabas dan Tahniah kepada semua penerima APC bagi tahun 2018 dan tidak lupa kepada semua Urusetia yang telah bekerja keras dalam mengurus pengangkutan, penginapan, kebajikan dan Majlis APC KATS & Majlis Apresiasi Penerima APC 2018 berjalan dengan begitu sempurna sekali. SYABAS & TAHNIAH!!

IMG 6207IMG 20190422 093218 aIMG 20190422 093218 aIMG 20190422 093218 aIMG 20190422 093218 aIMG 20190422 093218 aIMG 20190422 093218 aIMG 20190422 093218 aIMG 20190422 093218 aIMG 20190422 093218 aIMG 6099