Lawatan Ketua Pengarah JMG Dan Ketua Pengarah FRIM Ke SUGA, Malim Nawar

Lawatan Ketua Pengarah JMG Dan Ketua Pengarah FRIM Ke SUGA, Malim Nawar

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, IPOH – 20 April 2019 : Stesen Ujian dan Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak yang berada di bawah pentadbiran Pusat Penyelidikan Mineral telah menerima lawatan daripada Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) iaitu Datuk Hj. Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) iaitu Dato’ Dr Abd. Latif Bin Mohmod pada 20 April 2019 yang lalu. Lawatan ini telah disambut baik oleh warga SUGA dan diketuai oleh Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral iaitu Encik Aminudin bin Mahmud serta Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Silika iaitu Tuan Hj. Mohamad Haniza bin Mahmud. Turut serta di dalam lawatan ini adalah beberapa kakitangan daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) serta beberapa kakitangan daripada Pusat Penyelidikan Mineral (PPM).

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Dato’ KP FRIM yang berminat dalam menjalankan penyelidikan mereka di SUGA. Sepanjang lawatan ini berlangsung, para pelawat telah dibentangkan dengan sedikit sebanyak penerangan dan pengenalan mengenai infrastruktur penyelidikan dan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan di stesen tersebut. Di samping itu, para pelawat telah dibawa melawat ke kawasan SUGA untuk melihat sendiri keadaan kawasan di SUGA yang sangat luas dan sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti penyelidikan.

Di akhir lawatan ini, Dato’ KP FRIM telah menyatakan hasratnya kepada Dato’ KP JMG untuk bekerjasama dengan pihak PPM untuk menjalankan penyelidikan di SUGA. Diharapkan agar hasrat ini akan dapat direalisasikan agar penyelidikan di SUGA akan lebih dipelbagaikan dan membuahkan hasil yang lumayan yang dapat dimanfaatkan oleh semua.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/print/2019-05-03-08-20-41#sigProIdcf908320b6