MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 3/2019

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 3/2019

Johor Bahru, 1 April 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 3/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Hisham b. Md Nawi, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Helmy b. Kadir dan pembaca ikrar oleh Pn. Norfazelah bt. Hassan. Selepas itu, Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Kemudian diikuti dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus "E-Perolehan Modul Sebut Harga Dan Modul Kontrak". Selepas itu, penyampaian hadiah kelahiran kepada Pn. Roziah bt. Razali yang telah melahirkan anak perempuan pada 15 Disember 2018 yang lalu dan diteruskan lagi dengan meraikan sambutan kelahiran untuk staf-staf JMG Johor yang lahir pada bulan Februari hingga April. Majlis bersambung lagi, dengan taklimat berkenaan "Harta Pusaka" oleh penceramah Pakar Perancang Harta Pusaka Islam dari as- Salihin Trustee Berhad dan diikuti dengan satu lagi taklimat dari Zurich Takaful bagi pihak CUEPACS berkenaan "Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan".

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/print/2019-05-07-00-40-13#sigProIddafd0241d0