Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 dan Persaraan Kakitangan JMG Pahang

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 dan Persaraan Kakitangan JMG Pahang

Oleh : Mohammmad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

jmgphg all

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 JMG Pahang telah diadakan dengan meriahnya pada 20 Jun 2019, bersamaan 16 Syawal 1440 Hijrah di ruang foyer Bangunan JMG Pahang. Serentak dengan majlis itu, telah diadakan Majlis Persaraan Kakitangan JMG Pahang yang akan bersara pada tahun 2019. JMG Pahang bakal kehilangan dua orang lagi kakitangan berdedikasi dan komited yang akan bersara pada tahun ini. Ini merupakan persaraan kakitangan ketiga di JMG Pahang pada 2019, selepas En. Abu Bakar Ahmad bin Osman, Pembantu Awam Gred H11 JMG Pahang bersara pada 10 Mac 2019 yang lalu. Dua kakitangan yang akan bersara yang diraikan berkenaan ialah En. Kamarudin bin Mat Lela dan En. Muhammad Tarmizi bin Jantan.

jmg1

 

Majlis Sambuitan Hari Raya Aidilfitri JMG Pahang pada kali ini dikelolakan oleh Unit Geosains JMG Pahang. Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Ikrar Perkhidmatan oleh En Mohd Irwan bin Md Yusof, Pembantu Geosains JMG Pahang.

jmg2

irwan

ikrar1

ikrar2

Pengerusi majlis sambutan pada kali ini ialah En. Muhammad Asyraf bin Shaharul Azhar, Pekerja Sambilan Harian JMG Pahang dam Cik Aida Soraya binti Azha, Pelajar Latihan Industri JMG Pahang. Bacaan doa disampaikan oleh En. Mohd Nazreen Alhafiz bin Muhamad Japeri, Pembantu Geosains JMG Pahang.

mc 

nazreen

Majlis diteruskan dengan montaj video tayangan dua kakitangan yang akan bersara berkenaan yang disediakan oleh Unit Pengurusan Maklumat JMG Pahang. Kedua-dua kakitangan yang diraikan berkenaan kemudiannya dipersilakan menyampaikan sepatah dua kata ucapan persaraan. 

 

En. Kamarudin bin Mat Lela berkhidmat sebagai Pembantu Awam JMG Pahang akan bersara secara wajib pada Julai 2019. Dilahirkan pada 6 Julai 1959 di Kuantan, beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia pada tahun 1980. Beliau kekal dengan perkhidmatan di Kuantan sehingga tempoh akhir perkhidmatan beliau di JMG Pahang. Menjawat gred H11 pada tarikh akhir persaraan, En. Kamarudin yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Budin di kalangan kakitangan JMG Pahang dan sahabat kenalan, merupakan seorang kakitangan yang berdedikasi, rajin, cermat, ceria dan aktif dalam bidang tugasan beliau yang banyak melibatkan kerja bidang hidrogeologi dan sumber mineral serta aktiviti sosial jabatan.

budin

En. Muhammad Tarmizi bin Jantan berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir di Unit Pentadbiran dan Kewangan JMG Pahang dan akan bersara secara pilihan wajib mulai November 2019. Dilahirkan pada 10 November 1961, beliau mula berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir di Pejabat Kerajaan Negeri Pahang pada 15 September 1981. Beliau yang merupakan kakitangan Kerajaan Negeri Pahang antara lain pernah berkhidmat di beberapa jabatan di Pahang, antaranya termasuk Pejabat Tanah dan Galian Pahang serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang sebelum beliau berkhidmat di JMG Pahang pada Februari 2014. Menjawat gred N22 (KUP) pada tarikh akhir persaraan, beliau yang lebih dikenali mesra sebagai En. Mizi di kalangan kakitangan dan kenalan juga merupakan seorang kakitangan yang baik, cermat, teliti komited, dedikasi dan rajin dalam bidang tugasan beliau yang banyak melibatkan pengurusan aset JMG Pahang serta aktiviti sosial di pejabat.

mizi

En. Mohd Sari bin Hasan, Timbalan Pengarah (Geosains) yang mewakili Dato’ Pengarah JMG Pahang yang tidak dapat hadir atas urusan rasmi di luar pejabat selanjutnya menyampaikan salam hormat penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan yang hadir walaupun dalam kesibukan tugas semasa semua kakitangan. Beliau seterusnya menyampaikan beberapa amanat dan pesanan ringkas terbaharu berkaitan perkembangan semasa jabatan yang perlu diambil perhatian oleh kakitangan JMG Pahang. Beliau turut mengambil kesempatan menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih pihak JMG Pahang atas perkhidmatan kaiktangan yang akan bersara, seterusnya menyampaikan cenderahati kenangan bagi mereka yang diraikan.

mdsari

 cenderabudin

cenderamizi

budinmizi

Jamuan sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula pada pukul 10.15 pagi, Pelbagai juadah dan makanan disediakan, dengan antara hidangan paling istimewa ialah jamuan durian Musang King. Alhamdulillah…

jamuan1

 jamuan2

jamuan3

jmgladies

kpiahbudin

Seluruh warga JMG Pahang dengan setinggi-tinggi penghargaan merakamkan ucapan terima kasih serta ucapan selamat menempuh alam persaraan kepada En. Kamarudin bin Mat Lela dan En. Muhammad Tarmizi bin Jantan. Semoga Allah merahmati kalian berdua dan dimurahkan rezeki, serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan sentiasa....Amin

kek2

 

- sekian -