MAJLIS PERHIMPUNAN BIL. 6/2019

MAJLIS PERHIMPUNAN BIL. 6/2019

Kuching, 26 Jun 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Jab. Bil. 6/2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Baiduri dengan tetamu undangan khas, Tuan Haji Mohd. Zukeri bin Abd. Ghani, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Mineral dan Geosains Malaysia serta diiringi oleh En. Abdul Rahim, Ketua Penolong Pengarah serta kakitangan jabatan.

Dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan, En. Enggong Aji, Pengarah JMG Sarawak mengalu-alukan kedatangan Timbalan Ketua Pengarah Operasi ke JMG Sarawak dan menyatakan ini adalah lawatan rasmi terakhir beliau sebelum bersara. Pengarah JMG Sarawak juga berkongsikan gambarfoto aktiviti-aktiviti Majlis Perasmian Projek Air Graviti Bukit dan Sistem Penapisan di Rh. Meru ak Saging, Ulu Entaih, Julau pada 28 Mei 2019 dan Majlis Perasmian Projek Air Graviti Bukit dan Sistem Penapisan di Rh. Baying ak Kadam, Engkilili, Lubok Antu pada 22 Jun 2019. Beliau menegaskan kepentingan dan peranan penting JMG dalam pembekalan air bersih tetapi tidak terawat kepada penduduk rumah panjang di pedalaman Sarawak.

Usai ucapan pengarah, majlis diteruskan dengan ucapan tetamu khas, Tuan Haji Mohd. Zukeri bin Abd. Ghani, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Dalam perutusan beliau, Tuan Haji Mohd. Zukeri telah memperingatkan semua kakitangan JMG Sarawak berkenaan perkembangan, isu-isu serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kakitangan jabatan dan juga pengurusan tertinggi jabatan/ibu pejabat JMG Malaysia dalam usaha serta langkah-langkah diambil bagi memenuhi permintaan kakitangan dan juga usaha menaikkan JMG di seluruh Malaysia.

Majlis perhimpunan diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Pengarah JMG Sarawak kepada En. Zaidulkhair bin Jasmi yang bakal berpindah ke JMG Kedah/PP/Perlis. Tuan Pengarah JMG Sarawak juga menyampaikan cenderahati kepada tetamu jemputan, Tuan Haji Mohd. Zukeri bin Abd. Ghani sebagai tanda kenang-kenangan dan jasa bakti kerana beliau pernah berkhidmat selama 3 tahun di Bumi Kenyalang.

 

1

2

3