Perhimpunan Bulanan Sesi Julai 2019

Perhimpunan Bulanan Sesi Julai 2019

Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka (JMGNSM) - Pada 31 Julai 2019, perhimpunan bulan Julai 2019 telah diadakan di bilik mesyuarat utama (Jurassic). Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh semua warga JMGNSM pada pukul 9.30 pagi.

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan dan taklimat Tuan Pengarah, Encik Joanes bin Muda dan diikuti oleh taklimat daripada wakil Unit Pentadbiran, Encik Shuhaimi bin Hamid selaku Penolong Pegawai Unit Pentadbiran. Tuan Pengarah telah menekan isu penjimatan elektrik dalam taklimat beliau, manakala Encik Shuhaimi menerangkan isu Waktu Bekerja Fleksi (WBF).

Seterusnya, perhimpunan diteruskan lagi dengan pemberian sijil dan cenderahati untuk Pertandingan Teka Lagu, Pertandingan Dart MAKSAK 2019, ' Hands On Training (HOT)' kepada warga JMGNSM.

Secara lumrahnya, apa yang bermula pasti akan berakhir. Majlis diteruskan dengan pemberian sijil kepada Cik Shida, PSH, tanda perpisahan dan terima kasih atas perkhidmatan beliau di JMGNSM selama ini.