GOTONG ROYONG PERDANA JMG SABAH BIL. 2/2019

GOTONG ROYONG PERDANA JMG SABAH BIL. 2/2019

KOTA KINABALU, SABAH (01 OGOS 2019) : KHAMIS, Jawatankuasa Keceriaan dan Keindahan Pejabat, JMG Sabah yang dipengerusikan oleh En. Mazuan bin Roslan telah mengadakan satu gotong-royong perdana pada hari Khamis bersamaan 01 Ogos 2019. Gotong –royong perdana ini merupakan yang kedua bagi tahun 2019.


Selain mencantikkan dan memperindahkan pemandangan dari luar pejabat, tujuan gotong-royong ini juga adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan menguatkan hubungan kekeluargaan sesama warga JMG Sabah tanpa mengira jawatan dan pangkat masing-masing. Warga JMG Sabah bersama-sama berganding bahu membanting tulang dalam membuat pembaikan pada mana-mana bahagian yang terdapat kecacatan persekitaran pejabat dan membersihkan kawasan sekelilingnya.


Sumber foto : En. Mazuan bin Roslan, En. Fredolin Javino, Pn. Lena Anggie dan Pn. Faye Donna
Sumber maklumat : Pn. Suriani Ramlee

002

003

004