NATIONAL GEOSCIENCE CONFERENCE (NGC) 2019

NATIONAL GEOSCIENCE CONFERENCE (NGC) 2019

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, IPOH - Pada 1 hingga 3hb Oktober 2019, Cik Fatihah Azmi telah menyertai National Geoscience Conference 2019 (NGC 2019) yang diadakan di Hotel The Palace, Kota Kinabalu, Sabah. NGC 2019 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Geologi Malaysia, dan pada kali ini, acara tersebut dianjurkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jabatan Mineral dan Geosains Sabah. Tema pada tahun ini ialah Geosciences for the Earth Sustainability. Pada hari pertama persidangan, Cik Fatihah telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk Evaluation of Water Physichochemical Parameters on Acid Mine Drainage Impact Surrounding Tasik Puteri Area, Terengganu yang ditulis bersama Dr Hj Izhar Abadi Ibrahim Rais.

Lanjutan daripada persidangan tersbut, pada hari ketiga, pihak penganjur menganjurkan satu lawatan ke kawasan berkaitan untuk melihat dan memahami proses geologi dengan lebih jelas. Lawatan pada kali ini lebih tertumpu kepada kawasan sekitar Kundasang. Tempat yang dilawati ialah Lembah Permai, Zen Garden dan tanah runtuh di Mesilau. Penerangan mengenai tempat-tempat tersebut diberikan oleh pihak UMS yang terdiri daripada Dr. Frederick F. Tating, Mr. Arthur Makulim, and Mr. Bailon Golutin. Para peserta dapat melihat sendiri kesan tanah runtuh, gempa bumi dan sesaran yang berlaku di kesemua kawasan tersebut.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/print/2019-10-10-01-42-01#sigProId9262b980e0