Bengkel Asas Geologi, Eksplorasi dan Abstraksi Sumber Nadir Bumi

Bengkel Asas Geologi, Eksplorasi dan Abstraksi Sumber Nadir Bumi

IPOH, 5 November 2019:  Hari ini telah diadakan Bengkel Asas Geologi, Eksplorasi dan Abstraksi Sumber Nadir Bumi bertempat di Tower Recency Hotel, Ipoh. Bengkel ini telah dianjurkan oleh PSM ibu pejabat JMG, Putrajaya. Seramai 36 peserta termasuk tenaga penceramah telah terlibat dengan bengkel ini.

Para peserta telah didedahkan dengan asas geologi dan abstraksi sumber nadir bumi (REE), kewujudan serta kepentingannya. Peserta juga telah dibawa ke lapangan di Simpang Pulai bagi tujuan pensampelan dan pelaksanaan 'pre-test' di lapangan sebelum sampel dibawa ke makmal.

Pada hari ketiga, peserta dibawa ke Bahagian Perkhidmatan Teknikal untuk mengikuti sesi ceramah mengenai Analisis Geokimia Unsur Nadir Bumi yang disampaikan oleh En. Mohd Zahar Ibrahim, Pegawai Geosains Kanan. Selesai sesi ceramah, peserta-peserta telah dibawa ke makmal bagi melihat sendiri penyediaan sampel dilakukan, bilik XRF, XRD dan bilik Laser Ablation ICPMS tempat dimana analisis REE dilakukan.

 

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/print/2019-11-09-13-19-03#sigProId2eb8bca6e0