KUNJUNG HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT DATO' SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

KUNJUNG HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT DATO' SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR

Johor Bahru, 12 November 2019 - Pengarah JMG Johor yang baharu, Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah telah membuat kunjunghormat ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor iaitu YB Dato' Haji Azmi bin Rohani. Turut serta dalam kunjungan ini ialah En. Juna Azleen bin Abdul Ghani dan En. Noorazhar bin Ngatimin. Ini adalah kunjunghormat yang pertama beliau sejak dilantik sebagai Pengarah JMG Johor bermula pada 2 Oktober 2019. 

Pertemuan singkat ini telah menghasilkan satu menghasilkan satu hubungan silatulrahim yang amat bermakna bagi mengangkat kembali JMG di negeri Johor. Antara yang dibincangkan ialah peranan yang harus dimainkan oleh JMG selaku wakil agensi persekutuan di negeri Johor. Dalam memastikan agenda JMG dilaksanakan, JMG turut tidak sesekali menidakkan kepentingan Kerajaan Negeri. Sesungguhnya Persekutuan dan Negeri adalah saling lengkap melengkapi dan perlu memerlukan dalam menjayakan agenda membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat.

Sumbangan Artikel - En. Asrul Sani bin Abdullah