MESYUARAT AKHIR 2019 UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT JMG SABAH

MESYUARAT AKHIR 2019 UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (11 DISEMBER 2019): RABU, Unit Pengurusan Maklumat telah mengadakan satu mesyuarat unit bagi suku tahun keempat dan merupakan mesyuarat terakhir unit ini pada tahun 2019.

Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Chromite, Tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat (KUPM), En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua kakitangan unit ini. Mereka adalah Pn. Lena Anggie, Pn. Normi Adok, Pn. Margaret Stephen, Pn. Shuryanteh binti Mohd. Yassin, Pn. Besty Jenny Adim, En. Ebahrim bin Bedin dan Pn. Suriani binti Ramlee.

Antara tujuan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan pencapaian tahun 2019, isu-isu semasa dan perancangan untuk unit ini pada masa akan datang. Kerjasama teguh dan padu serta komitmen tugas unit ini menjadikan unit dapat melaksanakan tugasan 2019 dengan jayanya.

Sumber Maklumat dan Sumber Foto : Pn. Suriani binti Ramlee

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/print/2019-12-13-06-05-08#sigProId0777cc1023