Perhimpunan Bulanan, Sambutan Hari Sukan & Perasmian Taman Herba & Batuan JMG NSM

Perhimpunan Bulanan, Sambutan Hari Sukan & Perasmian Taman Herba & Batuan JMG NSM

SEREMBAN, 18 Disember 2019 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan & Melaka telah menganjurkan satu program Sambutan Hari Sukan, Perasmian Taman Herba & Batuan serta Majlis Perhimpunan Bulanan di dalam satu hari yang sama. Manakala lokasi program adalah di tempat yang berbeza mengikut majlis.

 

Program yang julung-julang kali diadakan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan di pejabat ini selain daripada aktiviti rutin yang diadakan ada setiap bulan iaitu Perhimpunan  Bulanan. Program dimulakan dengan sesi regangan pagi yang diadakan di perkarangan pejabat JMG NSM. Seterusnya semua kakitangan berjalan kaki di luar kawasan pejabat dan kembali semula ke pejabat.    

88ceea38 e95e 4f63 ab04 887735b83261

 

88ceea38 e95e 4f63 ab04 887735b83261

 

Setelah kembali ke perkarangan pejabat, telah diadakan pula Majlis Pelancaran Taman Herba dan Batuan yang telah dirasmikan oleh En Joanes bin Muda (Pengarah JMGNSM). Taman Herba dan Batuan ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang akan dilaksanakan oleh kakitangan JMGNSM. Semua kakitangan telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki untuk menghias kawasan yang telah dikenalpasti berdasarkan kepada konsep herba dan batuan. Acara seterusnya adalah Pertandingan Sukan antara kakitangan JMGNNSM. Antara sukan yang telah dipertandingkan adalah congkak, batu seremban, bowling kelapa, pingpong dan bowling.

88ceea38 e95e 4f63 ab04 887735b83261

Kemuncak kepada program ini adalah majlis Perhimpunan Bulanan yang telah diadakan di D'Tempat, Sendayan Negeri Sembilan. Majlis didahulu dengan bacaa Doa, Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Sembilan dan Lagu Perkhidmatan awam. Seterusnya adalah ucapan Pengarah, tayangan Video sepanjang tahun 2019, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sukan dan akhirnya sambutan hari lahir kepada kakitangan yang lahir pada bulan September, Oktober, November dan Disember.

88ceea38 e95e 4f63 ab04 887735b83261