TAKLIMAT RASIONALISASI JABATAN KE ARAH PENUBUHAN LEMBAGA PEMBANGUNAN MINERAL MALAYSIA (LPMM) DAN GEOMALAYSIA

TAKLIMAT RASIONALISASI JABATAN KE ARAH PENUBUHAN LEMBAGA PEMBANGUNAN MINERAL MALAYSIA (LPMM) DAN GEOMALAYSIA

SHAH ALAM, SELANGOR (09 JANUARI 2020): KHAMIS, Satu taklimat Rasionalisasi Jabatan Ke Arah Penubuhan Lembaga Pembangunan Mineral Malaysia (LPMM) dan GeoMalaysia telah diadakan pada 09 Januari 2020, pukul 9.00 pagi di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor.

Taklimat ini adalah bagi tujuan memaklumkan berkaitan penubuhan lembaga LPMM dan GeoMalaysia yang telah dibincangkan antara JMG dan KATS. Taklimat disampaikan oleh Yang Berusaha En. Muhammad Rosli bin Muhammad Jaafar, SUB BMG, KATS.

Pengarah JMG Sabah tidak dapat menghadirkan diri dan beliau digantikan dengan En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat). Turut hadir mewakili JMG Sabah pada taklimat ini adalah Dr. Morius Bantas (TPMK), En. Webster Wong Vui Chung (TPSM) dan En. Daulip Lakkui (KA SAB). En. Eddie Affandy akan mewakili Pengarah JMG Sabah untuk menyampaikan maklumat berkaitan taklimat tersebut kepada semua warga JMG Sabah.

Sumber Maklumat dan Sumber Foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/print/2020-01-22-03-46-44#sigProId70c7250085