Audit Kementerian Air, Tanah dan Sumber (KATS)

Audit Kementerian Air, Tanah dan Sumber (KATS)

SEREMBAN, 22 Januari 2020 – Unit Audit Kementerian Air, Tanah dan Sumber (KATS) telah mengadakan lawatan semakan audit ke dua tapak seliaan JMG NSM. Seramai 3 orang kakitangan dari kumpulan audit dengan diiringi bersama pegawai-pegawai projek masing-masing telah ke tapak Projek Pembinaan Aras Gempa Bumi (PAG) di Ulu Bendul (Projek Sesar Aktif) dan tapak Projek Bekalan Alat Reverse Osmosis di Masjid Tuanku Munawir, Kuala Pilah (Projek SAT). Tujuan lawatan diadakan adalah untuk semakan audit kementerian bagi hal-hal perolehan jabatan.

2020 2

 

Oleh Puan Siti Fariza binti Abdul Hamid