PERSIDANGAN PEGAWAI-PEGAWAI DAERAH NEGERI SABAH KE-24 TAHUN 2020

PERSIDANGAN PEGAWAI-PEGAWAI DAERAH NEGERI SABAH KE-24 TAHUN 2020

KOTA KINABALU, SABAH (24 FEBRUARI 2020): ISNIN, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri Sabah telah Menganjurkan “Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah Ke-24 Tahun 2020”, pada 24 Februari 2020 hingga 25 Februari 2020 yang bertempat di The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis Perasmian persidangan ini telah diadakan pada 24hb Feb dan disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal. Turut dijemput dan hadir semasa Majlis Perasmian ialah Penanggung Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG), En. Webster Wong Vui Chung dan juga Penanggung Tim. Pengarah Makmal JMG Sabah, ChM. Dr. Morius Bantas.

Antara aturcara Majlis Perasmian ini ialah Ucapan Alu-aluan daripada Menteri KLPB Negeri Sabah, Datuk Ewon Benedick, yang antara lain menyebut berkenaan kerjasama dengan JMG Sabah dalam projek pembangunan Bekalan Air Luar Bandar (BALB), fokus kepada pembinaan Telaga Tiub.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian YAB Ketua Menteri, beliau meminta semua Pegawai Daerah supaya bukan hanya duduk di dalam pejabat, tetapi harus melawat kampung-kampung atau kawasan-kawasan terutamanya yang memerlukan pembangunan, demi kesejahteraan rakyat.

Sumber maklumat dan foto : ChM. Dr. Morius Bantas