PROGRAM 'GEOKREASI' EPISOD MERSING GEOPARK

PROGRAM 'GEOKREASI' EPISOD MERSING GEOPARK

Mersing, 24 - 29 Jun 2020 – Baru-baru ini, satu program ‘Geokreasi’ Episod Mersing Geopark iaitu program dokumentari berkenaan geologi, geotapak, geopark dan rekreasi yang merupakan kerjasama antara RTM-TVOKEY dan JMG telah dijalankan disekitar semua tapak warisan geologi sekitar Mersing.

Pengambaran tersebut dijalankan oleh sebuah syarikat swasta yang dilantik pihak RTM-TVOKEY bagi tujuan program tersebut. Penglibatan agensi setempat dan negeri amat menggalakkan serta mengujakan dalam menjayakan program ini. Antara agensi utama yang turut serta sepanjang proses pengambaran dijalankan ialah Pejabat Daerah Mersing, Majlis Daerah Mersing, Perbadanan Taman Negara Johor dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Johor. Program dimulai dengan membawa krew-krew pengambaran dan peserta daripada agensi yang terlibat ke Taman Negara Endau-Rompin, Kampung Peta Orang Asli, Istana Flinstone, Geotapak Tanjung Penyabong dan Pulau-pulau sekitar Mersing.

Bagi pihak JMG, program ini sangat penting kerana dapat mempromosikan Mersing Geopark keseluruh negara bagi memastikan mendapat pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan dan mengalu alukan kedatangan orang ramai ke bumi Mersing.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah